MINDSET


MINDSET

Selalu orang tanya
'kak nanad, mana belajar buat itu?'
'Kak nanad, mana belajar buat ini?'
Jawapannya, bila kau ada keinginan, kau akan belajar, dan gali sampai jumpa.

Sifu kak nanad ajar, nak cari kualiti, tengok ATTITUDE.
Yes, salah satu strategy kak nanad ialah cari seramai mana agent.
Jangan cari stokis.
Jangan terus cari leader.
Bahaya.
Sebab, kalau nak buat bisnes 'hit & run', boleh lah.
Kemudian, keluar produk baru.
Buat lagi 'hit & run', sampai lah orang caci maki 7 keturunan tak habis.
Sebab teknik ni cari stokis dulu, stokis dah tentu jumlah duit pun besar.
Stokis pulak harapkan ke anak2 agent.
Tak nak jual retail.
Hah! Nampak tak sistem passing2 macam pass baton yg macam korang zaman sekolah lari atas track tu.

Bak kata orang 'yang berduit tak semestinya ada attitude, tetapi yang ada attitude pasti akan ada duit'.

Contoh macamni lah, ada staff masuk, tak capai target, nak simpan atau nak ganti next?
For sure kita nak yang capai target.
Kalau tak capai target, kita nak bayar gaji staff tu guna apa?
Sebab kita bukan dari golongan yang tok nek tinggalkan harta bergunung2.
Proses staff keluar dan masuk adalah biasa jika bisnes base on trading.
Di benci kalau kita pecat staff?
Hati kena sado.
Bab di benci ni biasa.
Kalau tak boleh telan, jangan bisnes!

Ok, bab agent pulak, how?
Cari agent ramai2, then fokus pada yang betul2 nak dan perform.
Fokus pada yang bila kita bagi 1, lagi 9 dia cari.
Kita ajar 1, 1001 idea dia bagi.
Kita letak minimum target sebulan 500 botol, dia tibai 1000 botol.
Yang ni kita panggil attitude tahap A🖒.
Bukan jenis agent yang mindset dia daftar sebab nak tunggu kita suap A to Z walaupun sebenarnya kita dah sediakan.
Itupun ade jugak bapak tahap malas, dah sedia semua, nak copy paste pun mak aih malas nak mampuih!

Manusia macam2 ragam!
Seyes.
Kalau tanya kak nanad, dulu ye memang stress!
Sekarang?
Kau lambat, tinggal.
Kau nak tunggu aku bagi?
Alamatnya hashtag #silameninggal.

Sifu ajar kak nanad, kena SPEED!
Dan speed tu bukan dari pergerakan je.
Tapi dari mindset kita sebenarnya.

Kak nanad nak share sikit pengalaman kak nanad masa kerja as sales exec.
Sebelum melangkah masuk hall, pap! Nak tengok muka leader, tak berani.
Dalam hati, takut sebab leader letak target RM5000 sehari.
Tak capai, pancung kepala katanya.
Bapak ah takut kot.
So, otak kak nanad ligat, apa lagi cara supaya close sales jugak!
Tak capai target, mak ai rasa bersalah dalam diri macam bersalah membunuh tu.
Nak lintas depan bos pun tak berani.
Dari situ lah, kak nanad belajar mcmana nak bercakap, tips dan trick, dan of course kak nanad kuasai sendiri tentang produk.
Kalau tak kuasai, macamana nak goreng kan?

Jadi, nampak tak kat situ, effort yang kita sungguh2 nak capai target.
Dan bukan semata2 masuk kerja balik kerja, just harapkan gaji basic.
Clear tak?

So, semua yang panjang2 kak nanad merepek ni, adalah MINDSET dan ATTITUDE.
Jadi, kalau nak bisnes, tapi alasan xde duit, tak tahu, susah, ahhhh sebenarnya nak bagitau, silalah tunggu sampai kejayaan datang bergolek dengan sendiri.

Luaran kak nanad nampak happy go lucky ya.
Tapi bab menilai dari cara orang berjalan dan bercakap, bahasa kak nanad boleh cederakan emosi seseorang tu.
I'm not perfect but i try to be perfect!

0 comments:

 
Copyright © Nadea Fauzi